YOUNG SUCCESS GROUPS

HomeADAKAH ANDA INGIN MENGUBAH TARAF HIDUP ANDA DEMI MENCAPAI KEHIDUPAN YG LEBIH BAIK UNTUK 3 TAHUN AKAN DATANG?..Aug 26, 2006
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada tuan/puan/cek/cik.
Kerana sudi melawati WEBSITE BANIGROUPS dari YOUNG SUCCESS GROUPS.PASTIKAN SAUDARA-SAUDARI MEMBACA SEHINGGA KESELURUHAN ISI KANDUNGAN WEB INI KERANA TERLALU BANYAK ILMU YANG KAMI SEDIAKAN UNTUK ANDA. Disini saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu penghidupan ini untuk kita sama-sama
meneruskan kehidupan ini dengan sihat dan bahagia dalam menuju impian dan kejayaan untuk menjadikan kehidupan kita lebih sempurna dan mewah dimasa depan dalam jangka masa 3 tahun akan datang dan kita juga akan memastikan hidup kita mempunyai kebebasan masa dan kebebasan kewangan yang ’’UNLIMITTED’’..walaupun kita sudah tiada pekerjaan ataupun meninggal dunia kelak..! sekurang-kurangnya kita dapat mewariskan pendapatan kita didalam syarikat ini untuk kehidupan keluarga apabila kita sudah meninggal dunia nanti.

KEBEBASAN MASA – bermaksud anda boleh melakukan MLM ini mengikut masa
Yg anda suka dan tidak perlu mengikut rutin harian sebagai seorang pekerja lagi.
Andalah yg menentu masa anda,nak bangun tidur lambat? Nak pergi ziarah keluarga? Nak jalan2 atau riadah? Terpulanglah pada anda.inilah kehidupan orang kaya..! SERONOK KAN???

KEBEBASAN KEWANGAN – bermaksud anda boleh berbelanja apa saja yg anda
Dan keluarga inginkan,nak shoping? Nak makan direstoran mewah?nak tukar kereta?nak memiliki kereta mewah? BMW? Nak melancong keluar negara?
Nak memiliki rumah idaman?..banglo ?..
Segalanya andalah yg tentukan.SERONOK KAN ???

MEWARISKAN PENDAPATAN – dalam MLM ini,anda memperolehi pendapatan yg tiada had dan andalah yg menentu berapakah pendapatan yg anda mahu.Cuba bayangkan dgn keadaan anda bekerja sekarang dgn gaji bulanan RM2000 dan andalah orang yg bertanggungjawab menyara keluarga anda,adakah RM2000 itu
Dapat diwarisi kepada keluarga anda jika terjadi apa2 keatas diri anda seperti mati,terlantar sakit,kemalangan dan sebagainya??? Bagaimana pula dengan nasib keluarga anda pada masa itu???....BERSAMAMU.....????? tetapi MLM
Mampu mengubahnya kerana pendapatan anda dapat diwarisi,sekurang2nya
Anda membekalkan wang bulanan kepada keluarga anda apabila anda sudah
Meninggal atau terlantar sakit kelak....pendapatan itu juga tiada had limit....


RENUNGKANLAH..........
Bagaimanakah kehidupan anda 3 tahun lalu ? Adakah ianya sama dengan 5 tahun lalu ? Dan adakah kehidupan anda masih sama juga ditahun lepas dengan 3 tahun lalu ? Jadi...apakah persiapan dan persediaan anda untuk nak menghadapi 5 tahun akan datang ?
Apa yang kita perlukan ialah ikut sunnah nabi iatu ’’ berhijrah ’’ ...bermakna disini kita hanya perlu buat 2 perkara paling penting
Iaitu : -
perubahan (hijrah) (penting)
keluar dari kelompok keselesaan. Jika nak merasai kehidupan orang kaya dan kita nak duit bekerja untuk kita pulak...
1 – positifkan minda sebanyak mungkin supaya 90/10 adalah positif
Melihat M.L.M ni dengan mata hati supaya mendapat sentuhanya...

Pengorbanan (penting)
1 – sanggup mengorbankan masa (meluangkan masa)
2 - sanggup mengorbankan tenaga
3 – sanggup mengorbankan duit (mengeluarkan sedikit modal)
( invest – minyak keta , belanja prospek minum, beli barang2 keperluan
untuk maintain pv..........dll
4 – sanggup jadi orang gila ( ini saya punya teori )
Apabila kita menjadi gila dalam sesuatu perkara yang kita buat , maka kita akan pulun sepulun- sepulunnya..(buat dengan bersungguh)
F . y . i - Saya buat untuk jadi director 3 bln jee 25%
Tapi ada orang lagi gila buat 1 bln jadi DIRECTOR ….10’’ bulan DIAMOND.....43% dan makan semua bonus yang ada.

Apalah sangat pendapatan RM15,000,00 ke RM150,000,00 setiap bulan dengan sebuah rumah BANGLO dan kereta BMW.... jika dibandingkan dengan pengorbanan kita hari ini...
TAK SUSAHKAN ??....KITA HANYA PERLU TIDAK MEMPERSIA-SIAKAN KELEBIHAN YANG TUHAN BAGI PADA KITA JEEE....INSYAALLAH...........

Ingatlah..!!!
’’kehidupan mesti dirancang hari ini..! Jika anda gagal merancang sebenarnya anda merancang untuk gagal..!!’’
’’miskin dan derita bukanlah anugerah dari allah....’’
’’kebahagian dan kekayaan itu bukan juga anugerah dari allah,tetapi ianya pilihan anda kerana andalah Yang memilihnya.......
’’keputusan anda hari ini adalah penentu masa anda dan keluarga.......’’

Usahlah mengenangkan masa silam yang berlalu,
kenangkanlah masa depan
Yang bakal tiba esok ! Kegagalan dahulu bukanya penentu ! Gagal sekali
tak bererti gagal selamanya...ayuh bangun semula bangsaku......
Kehidupan ini mesti diteruskan.....
kita boleh berjalan sekarang adalah kerana kita berusaha berjalan semasa
kita kecil walaupun berpuluh kali kita jatuh, namun kita tidak pernah berputus asa untuk bangun dan berjalan semula........jika kita berputus-asa diwaktu itu,
semestinya kita tidak akan boleh berjalan pada hari ini.............
namun alhamdulillah,kita mampu berjalan hari ini.....
Sunnah menyuruh kita berhijrah, bukanya menyuruh kita mewarisi kemiskinan
Ini, setidak-tidak pun, berilah peluang yang terakhir untuk diri anda demi kebahagian keluarga.Sekurang-kurangnya pun,gunakanlah kesempatan yang ada
Ini untuk mencuba kali terakhir.............dan anggaplah ini percubaan yang terakhir untuk BERJAYA…!!!!


‘’kadang-kadang tuhan sembunyikan matahari,
tetapi dia datangkan petir dan ribut......’’

’’ kita tertanya-tanya dimana matahari.....??
rupa-rupanya dia nak bagi kita pelangi.....’’


ANTARA DUA PINTU KEHIDUPAN: MAKAN GAJI ATAU BEKERJA SENDIRI?

MELEWATI tahun 2006 ini, marilah kita sama-sama meningkatkan taraf hidup kita ke arah yang lebih baik. Barangkali ada azam atau impian yang tidak dicapai pada tahun lepas. Nah, sekaranglah masanya untuk kita merealisasikan impian yang tidak terlaksana.
Hendak tunggu apa lagi. Pejam pelik, pejam pelik, beberapa bulan yang akan datang, tahun 2007 akan muncul. Masa sekarang begitu pantas berlari. Adakah kita akan berada sama seperti tahun 2005, atau tahun-tahun yang sebelumnya? Jika tidak berbuat sesuatu, pasti situasinya akan sama seperti dahulu.
Untuk menggapai kehidupan yang lebih baik, saya teringat satu cerita yang saya dengar sewaktu menghadiri seminar yang dikendalikan oleh seorang pemimpin hebat dalam bisnes jualan langsung beberapa bulan yang lalu.
Ceritanya berbunyi begini, ada seorang pengurus berumur 40-an yang terpaksa bekerja bertungkus-lumus disebabkan desakan hidup. Bagi mengatasi masalahnya, dia mendapatkan nasihat daripada seorang pakar kewangan.
Pengurus tersebut telah mengaturkan temujanji dengan pakar kewangan yang terkenal dan disegani di pejabat pakar tersebut yang terletak di Park Avenue. Sampai sahaja ke pejabat pakar kewangan yang dihias dengan hebatnya, pengurus berkenaan terus masuk. Anehnya kerana tiada penyambut tetamu yang menyambut kedatangannya. Yang ada hanyalah dua pintu.
Satu pintu bertulis “makan gaji” dan satu lagi pintu bertulis “bekerja sendiri”. Pengurus itu masuk pintu yang bertanda “makan gaji” tetapi apabila dia masuk, dua lagi pintu berada di hadapannya, satu pintu bertanda “pendapatan kurang dari RM40,000” dan satu lagi “pendapatan lebih dari RM40,000”. Pendapatan pengurus berkenaan adalah kurang dari RM40,000 setahun, jadi ia pun masukke pintu yang pertama. Apabila dia masuk,ada lagi dua pintu berada di kiri dan kanannya.
Pintu sebelah kiri bertanda “mampu menyimpan lebih dari RM2,000 setahun” dan pintu sebelah kanan bertanda “mampu menyimpan kurang dari RM2,000 setahun”.
Pengurus tersebut hanya mempunyai RM1,000 dalam simpanannya, jadi dia pun masuk pintu sebelah kanan. Masuk sahaja ke pintu tersebut, dia mendapati dirinya berada semula di Park Avenue! Amat jelas sekali, walaupun hakikatnya amat pahit, pengurus dalam cerita berkenaan tidak akan keluar dari masalah yang dihadapinya sehinggala ia berikhtiar untuk membuka pintu yang berlainan.
Pengajaran dari cerita ini ialah kebanyakan orang adalah seperti pengurus tersebut – mereka hanya tahu masuk ke pintu penghidupan yang membawa mereka balik kepada keadaan yang sama. Bertahun-tahun bekerja dengan pelbagai syarikat tetapi kehidupan masih tetap sama. Cara untuk seseorang itu mendapatkan hasil yang berbeza ialah dengan memilih untuk masuk pintu yang berlainan. Seperti kata seorang penceramah motivasi yang pernah saya dengar berbunyi begini: “Kalau anda terus melakukan apa yang anda telah biasa lakukan, maka anda akan terus memperoleh pendapatan yang sama.”..........

YOUNG SUCCESS GROUPS

Salam buat Usahawan / Bakal Usahawan ,
Bersyukur ke hadrat Illahi, kita masih dikurniakan rezeki di segenap ruang yang tidak putus. Rezeki kesihatan, rezeki ilmu, rezeki kewangan dan segala bentuk rezeki yang tidak disangka-sangka. Termasuklah rezeki berkawan.
Perkongsian ilmu berkenaan Rahsia Kejayaan Usahawan MLM
Anda perlu sedar bahawa berniaga dalam perniagaan jualan langsung ini hampir sama dengan gambaran piramid terbalik dan menegak. Piramid menegak mewakili kerja anda sementara piramid terbalik mewakili hasil usaha anda. Apabila anda bermula (lihat dasar/tapak piramid menegak), banyak masa yang terpaksa anda korbankan, tetapi hasilnya amat sedikit. Lama-kelamaan, dengan kesabaran, anda naik sedikit demi sedikit. Apabila anda berada di atas/puncak, semakin sedikit kerja anda, tetapi hasil usaha anda adalah besar.Oleh itu, anda jangan terlalu excited untuk berjaya dengan cepat. Jika anda terlalu excited, akhirnya anda akan kecewa dan terus enggan melakukan perniagaan ini. Anda perlu bersabar. Berusahalah perlahan-lahan. Tawakkal. Lambat-laun anda akan sampai ke puncak juga.Berikut adalah beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan MLM yang saya kutip.
a. Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.
b. Bekerjasama sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama dengan pasangan anda. Kerja berdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak. Berilah tunjuk ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri anda berapakah hasil yang akan saya dapati dengan menolongnya. Tanyalah, berapakah hasil yang akan downline saya peroleh kalau saya membantunya. Downline anda berjaya, anda juga akan berjaya.
c. Sediakan strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi panduan dan amalan kumpulan anda.
d. Buat perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan anda itu.
e. Jangan abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun generasi di bawah perlu anda penuhi.
f. Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda akan bermati-matian mempertahankan perniagaan ini.
g. Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.
h. Sentiasalah anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.
i. Sentiasalah anda memberikan keyakinan kepada downline anda bahawa mereka pasti, lambat atau cepat, mengecapi kejayaan.
j. Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.
k. Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.
l. Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada downline sendiri. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.
m. Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.
n. Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk merehatkan otak anda.
o. Sekali anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat anda akan luntur.
p. Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.
q. Cakap mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downline melakukan sesuatu tetapi anda buatlah dahulu sebelum downline anda mencontohinya.
r. Sentiasa setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam resipi kejayaan usahawan MLM.
s. Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.
t. Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.
u. Jangan anggap perniagaan jualan langsung ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.
v. Berikan kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah starter-kit.
w. Jangan ! berasa rendah diri walaupun anda berhadapan dengan taikun perniagaan. Jika pun mereka tidak berhasrat menjadi downline anda, mereka mungkin menjadi pelanggan tetap anda yang berpotensi.
x. Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada teknologi maklumat.Apabila Sudah Di Puncak, Jangan Lupa Rumput Di Bumi

"Besarkan Impian, Kecilkan Alasan"
"Cipta Pendapatan,Bukannya Cipta Alasan"

PENDAHULUAN....
Ramai rakyat Malaysia menyertai Perniagaan Pemasaran Berbilang Aras(MLM) dan ramai daripadanya kecundang ditengah jalan dan akhirnya berputus asa dengan MLM. Walaubagaimanapun masih ramai yang telah berjaya dengan MLM malah saya berani katakan 35% jutawan di Malaysia adalah terdiri dari usahawan MLM. Tentu ada alasan yang munasabah untuk persoalan di atas mengapa ada yang berjaya dan ada yang gagal. Pengalaman saya sendiri yang telah menyertai banyak syarikat MLM di Malaysia, kebanyakan daripadanya disertai kerana terpesona dengan janji-janji manis oleh penaja yang menaja saya untuk menyertai kumpulan mereka. Namun selepas kita menyertainya, kita ditinggalkan tekapai-kapai tanpa panduan, jika kita meminta nasihat mereka, jawapan mudahnya dengan memujuk kita ke pusat latihan mereka yang terletaknya jauh dan tidak selesa. Kita pergi mendengar dan melihat pemimpin-pemimpin mereka bercakap berapi-api dengan penuh bermotivasi beserta bermegah dengan kemewahan mereka untuk kita mengikuti jejak langkah mereka. Namun selepas kita keluar dari dewan latihan tersebut fikiran kita tetap buntu untuk mencari prospek??.
Mengapa Kita menyertai MLM (Network Marketing)
1) Faktor Kewangan
Kita mencari wang untuk memenuhi keperluan kehidupan kita. Tidak perlu menyertai MLM jika semata-mata sebagai hobi atau suka-suka untuk mengisi masa lapang, sebab masih banyak aktiviti lain yang boleh disertai untuk tujuan tersebut. Mencari wang adalah tujuan utama kita menyertai MLM kerana kita perlukan pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan keluarga kita.
2) Produk
Kita tidak akan menyertai syarikat yang tidak menawarkan produk yang tidak ada kaitan dengan kita. Jika ada syarikat yang tidak menawarkan produk langsung tetapi menawarkan pelan pemasaran yang tidak masuk akal serta menjanjikan pendapatan yang lumayan saya nasihatkan jangan menyertai syarikat tersebut kerana mereka tidak akan dapat kekal lama walaupun berjaya menarik minat orang ramai kerana menjanjikan pendapatan lumayan ini kerana tempoh hayat mereka tidak akan kekal lama.
Cuba fikirkan secara logiknya tanpa membeli secara ulangan (Maintain) mana mungkin Syarikat menjana pendapatannya untuk jangka panjang melainkan merekrut seramai mungkin ahli baru seramai mungkin. Walaubagaimanapun kita perlu ingat berapa sangat rakyat Malaysia yang mereka boleh rekrut, angka rakyat Malaysia bukannya berbilion seperti rakyat China dan India. Perlu juga di ingatkan program yang panas akan menjadi cepat sejuk bila pasarannya menjadi tepu.
3) Kredibiliti Syarikat
Terlalu banyak Syarikat MLM di Malaysia yang ditubuhkan dan banyak juga yang gulung tikar (Bungkus). Syarikat yang kekal akan terus berkembang pesat sehinggakan ada yang mampu mengembangkan cawangan mereka ke peringkat Antarabangsa dengan prestasi jualan dan ahli mereka terus meningkat dari tahun ke tahun. Di sinilah letaknya pentingnya kita menyertai Syarikat yang ada kredibiliti. Apa yang perlu ada pada sesebuah syarikat yang berkredibiliti? Kita perlu lihat siapa Ahli Lembaga Pengarahnya, Lesen AJL yang sah dari Kerajaan Malaysia, berapa modal berbayar mereka, Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, Perkhidmatan khidmat pelanggannya, sejarah penubuhan Syarikat sehinggalah kepada Prestasi kewangan Syarikat dan hala tuju Syarikat. Teknologi yang diguna pakai dalam penghasilan produk dan kualiti produk yang dihasilkan. Kita juga perlu menilai sistem teknologi maklumat yang mereka gunakan untuk pengurusan ahli yang berdaftar dengan mereka, sistem pembayaran yang konsisten dan cekap serta boleh dipercayai.
4) Pelan Pemasaran
Betul atau tidak sebahagian besar kita menyetai MLM kerana Pelan pemasaran. Saya berani katakan 100% faktor ini memainkan peranan penting mengapa kita menyertai sesebuah Syarikat MLM yang di perkenalkan oleh penaja kita. Mengapa kita tertarik dengan pelan pemasaran mereka jika bukan kerana jaminan pendapatan dari pelan tersebut. Jarang dari kita yang ada kesempatan untuk menkaji secara mendalam sesuatu pelan pemasaran sebelum membuat keputusan untuk menyertainya. Semuanya berdasarkan apa yang di beritahu oleh penaja kita sahaja dan beliau pun sebenarnya meniru (menduplikasi) dari penaja asal beliau (upline). Jika silap pemahaman beliau maka silap lah juga apa yang disampaikan kepada kita. Jadi apa yang kriteria pelan yang kita sepatutnya cari??.
Pelan pemasaran yang rumit untuk difahami adakah kerana ia dicipta untuk memaksimakan keuntungan syarikat sahaja. Pelan pemasaran sebenarnya perlu mudah difahami dan mudah disampaikan serta diduplikasi oleh penyampainya kepada ahli-ahli baru atau bakal ahli. Pelan tak sepatutnya menampilkan janji pendapatan yang tidak masuk akal sehinggakan ia mendedahkah ketidak upayaan syarikat untuk membayar kepada ahlinya. Pelan tidak sepatutnya hanya menguntungkan pihak yang berada di atas sahaja sehinggakan memaksa kita memijak orang bawahan untuk ke atas dan ianya perlu nampak adil. Ada syarikat yang menawarkan pakej bonus kewangan atau kereta serta pelancungan yang sukar untuk dicapai dan menyebabkan ahlinya bekerja bermatian untuk mencapainya tetapi akhirnya apabila mereka memperolehi pangkat tertentu didalam hiraki tertentu dan hampa apabila mereka tidak dapat menikmati ganjaran kewangan yang setimpal ( pangkat saja tinggi tetapi poket tetap kosong).
Mengapa Masih Gagal Menaja Ahli Baru
1) Mencipta Terlalu Banyak Alasan
Sebenarnya kita terlalu memikirkan alasan untuk mengelakkan diri dari melakukan sesuatu. Kenapa kita asyik menyalahkan orang lain jika mereka tidak berminat menyertai perniagaan kita. Sebab mereka pun berfikiran seperti kita juga, cuba kita keluar dari permasalahan ini dengan cuba berfikir cara mengatasi masalah bukannya kita lari dari masalah. Orang yang mencipta alasan adalah orang yang mencipta kegagalan untuk dirinya sendiri.
2) Kurang memahami pelan pemasaran
Rata-rata dari kita tidak betul-betul memahami sesuatu pelan pemasaran yang telah kita sertai. Kita cuma nampak RM atau $ di hujung pelan pemasaran tersebut. Bagaimanana ia diperolehi kita tak pernah peduli asalkan kita nampak RM atau $ di hujungnya. Sebab itu kita membuat promosi membuta tuli tanpa arah tujuannya dan apabila prospek bertanya kita cepat menggelabah, kalau setakat tunjuk rajah yang telah dicetak oleh syarikat kepada prospek dengan harapan dia akan faham semua orang pun boleh buat, selepas itu kita seakan memaksa prospek untuk memahaminya walaupun kita sendiri pun tak berapa faham secara menyeluruh pelan tersebut.
3) Mengabaikan produk
Akibat terlalu banyak Syarikat MLM yang muncul dengan pelbagai produk dan pakej pelan pemasasan mereka yang tersendiri, ada diantara kita telah lupa tujuan pernigaan MLM itu sendiri. Kebanyakan kita sudak tidak memikirkan atau lupa tentang produk yang diniagakan oleh Syarikat tersebut. Kita hanya mempromosikan pelan pemasaranya sahaja, produknya sudah menjadi tidak penting lagi kerana kononnya jika produk bagus tetapi pelan pemasaran tidak bagus kita akan gagal juga, betul kah begitu?? kalau begitu apa tujuannya produk tersebut atau adakah ia juga sebagai alat untuk syarikat mendapatkan lesen AJL?. Sebenarnya kelebihan atau keunikan sesuatu produk tersebut juga memainkan peranan penting contohnya produk yang dapat menyembuhkan penyakit darah tinggi, kencing manis, penjagaan kesihatan , kecantikan dan sebagainya. Mengapa kita tidak menonjolkan keunikan dan kelebihanya kepada prospek kita.
4) Gagal memanfaatkan teknologi
Keupayaan teknologi maklumat tidak boleh diabaikan terutamanya kemudahan internet dan telefon mudah alih (Hand Phone). Teknik komunikasi tanpa wayar seperti EDGE, wifi dan 3G yang hangat sekarang membolehkan kita berhubung secara maya tanpa perlu bersusah payah berjumpa prospek secara konvensional. Semua maklumat boleh disampaikan dengan menggunakan emel, sms, forum internet dan persidangan internet secara langsung (web Conference). Semuanya tidak memerlukan prospek dan ahli ke pusat latihan Syarikat untuk menerima latihan secara konventional kerana segalanya boleh dilakukan secara maya dengan ahli dapat bersemuka secara langsung di talian di mana saja mereka berada termasuk di rumah. Jika kita takut untuk menggunakannya kita akan ketinggalan kerana orang lain akan mengambil peluang ini untuk terus maju kehadapan.-



’Ramai dari kita menghadapi masalah untuk mempromosi dan menaja prospek kerana beberapa sebab:-Kurang kemahiran bercakap dikhalayak ramai, malahan kemahiran untuk menyampaikan sesuatu secara lisan menjadi satu masalah besar bagi kebanyakan orang. Y-S-G telah menyelesaikan masalah ini kerana sistem yang dibangunkan membolehkan segala pelan pemasaran dan pengetahuan tentang produk diterangkan beserta dengan simulasi yang begitu mudah untuk difahami.- Ayuh ikuti langkah kami hari ini untuk membina masa depan yg cemerlang dan bahagian…….”
APA YG ANDA PERLUKAN HANYALAH BERUBAH………..
1 - SANGGUP BERKORBAN MASA
2 - SANGGUP BERKORBAN TENAGA
3 - SANGGUP BERKORBAN DUIT ( SIKIT AJE )
4 - SANGGUP BELAJAR DARI UP-LINE
5 - SANGGUP BERUSAHA DEMI KEJAYAAN DAN KEBAIKAN MASA DEPAN

ANDAKAH ANDA SANGGUP..??...HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK KETERANGAN LANJUT TENTANG CARA-CARA UNTUK BERJAYA
DALAM MULTILEVEL MARKETING INI.......SAHBANI MD NANYAN@SAID :019-4625511
.
Photo AlbumSYARIKAT GANO EXCELAug 26, 2006

SERBA SEDIKIT TENTANG SYARIKAT GANO EXCEL
25 Photos, 4 comments

DIANTARA ORANG-ORANG YANG BERJAYA MENJADI JUTAWAN GANO EXCEL
11 Photos, 1 comment

Photos 2006-09-16 #2
20 Photos, 1 comment

   View All
.
.
MusicSAUJANA
.
MessageGuestbook
   
....
.
.
VideoTESTIMONIOct 20, 2006
......
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help